BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates

Tuesday, March 8, 2011

Well Done!!!

Biarpun tewas kepada Barcelona pagi tadi, tapi memang nampak kesungguhan para pemain dalam perlawanan pagi tadi yang nyata didominasi pasukan tuan rumah. Sekali lagi nasib bagai tidak menyebelahi Arsenal...keputusan pengadil yang kurang memuaskan, kecederaan Szesney dan kad merah kepada Van Persie bagaikan membayangkan bahawa kemaraan Arsenal pada UCL musim ini akan berakhir. Possession yang dimiliki Barcelona bermakna bahagian serangan Arsenal jarang dapat mencipta ruang dan peluang untuk gol, yang diharapkan hanyalah gol sendiri oleh Sergio Busquet dan yang paling ketara hanyalah pada minit-minit akhir dimana  Wilshere berjaya mengumpan bola dari kanan kepada Bendtner tetapi gagal disudahkan. Apa-apa pun Arsenal masih ada liga dan piala FA yang perlu direbut, jangan sampai semua terlepas dalam genggaman. Ganbatte! 

0 comments: