BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates

Tuesday, September 6, 2011

Welcome to The Club Mikel Arteta and Co.

Telah lama tidak kembali dengan tulisan terbaru, malu juga apabila disenaraikan dalam rakan sepasukan di Arsenalaysia tetapi sekadar entri-entri lama. Kali ni aku tertarik untuk menulis mengenai perpindahan pemain keluar dan masuk ke dalam Arsenal. Fabregas telah kembali ke Barcelona, terima kasih atas sumbanganmu selama 8 tahun di Arsenal. Daripada pemain muda yang dilihat berpotensi hinggalah menjadi tulang belakang pasukan dan dilantik menjadi kepten Arsenal FC. Sayangnya disebalik corak permainan menarik Fabregas dan juga pasukan namun apa yang diinginkannya tidak kesampaian iaitu kejuaraan. Dia cuma pernah memenangi piala FA pada tahun 2005 sehingga musim 2010/ 2011, tidak Carling Cup, Premier League apatah lagi Champions League. Bagi Nasri  dan Clichy pula selamat berhijrah ke kelab yang bercita-cita tinggi dan kaya raya City. Pemain lain yang dilepaskan dan dipinjamkan memang dirasakan perlu seperti Denilson, Bendtner dan Eboue.




Pada perpindahan kali ini, dilihat perubahan ketara pada sistem pembelian pemain oleh Wenger. Secara keseluruhannya 9 pemain yang dibawa masuk termasuk Kepten Israel, Benayoun yang dipinjam selama semusim daripada Chelsea. Hanya Alex-Chamberlain dan Jenkinson yang masih muda manakala yang lainnya  pemain2 berpengalaman dan mempunyai kualiti tersendiri dan akan memacu Arsenal di dalam liga. Lupakan kekalahan 2 - 8 kepada United minggu lepas, jangan dilupakan ini baru permulaan liga dan mulakan nafas baru. Go Gunners.

0 comments: