BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates

Wednesday, February 23, 2011

Adakah Arsenal seri disebabkan ini?


Who knows?

Friday, February 18, 2011

Phenomenal Talent and Why Barcelona Lose

Layankan video daripada Jack Wilshere dan Lionel Messi...zasss

Arsenal vs West Ham United [Reserve]


Before the game at The Emirates

Thursday, February 17, 2011

Epic Win

van persie scores against barcelona

Persembahan yang hebat daripada Arsenal. Kredit kepada semua pemain yang bermain baik terutama pada separuh masa kedua untuk menewaskan Barcelona 2-1. Ketika di babak pertama, kelebihan lebih memihak kepada pasukan dari Sepanyol itu yang sememangnya banyak peluang untuk menjaringkan gol jika bukan disebabkan kecemerlangan penjaga gol muda Arsenal, Sczesny dan juga nasib yang kurang menyebelahi pemenang Ballon d'Or  2010 Messi dan rakan-rakan di hadapan. Jadi, hanya gol daripada David Villa yang menjadi pemisah manakala Arsenal hanya bertahan dan sesekali melakukan serangan balas dan yang paling diingati ialah counter attack yang dimulakan Walcott dari bahagian tengah ,melorongkan bola kepada Fabregas sebelum El Capitan melakukan hantaran silang kepada Van Persie tetapi berjaya ditanduk oleh Abidal.

Separuh masa kedua Arsenal bermula garang dan bagai mendapat rentak dan semangat baru, mereka mula melakukan asakan demi asakan. Arsene Wenger melakukan dua pertukaran yang dianggap berisiko tetapi nyata berbaloi apabila mengeluarkan Song yang ketika itu telah mendapat kad kuning pertama, dan speedy Walcott dengan Arshavin dan Bendtner. Gol pertama Arsenal hadir pada minit ke 78 oleh Van Persie dan detik kemenangan  ditentukan oleh gol Arshavin melaui counter attack yang juga melibatkan Wilshere, Fabregas dan Nasri.

Jadi berbekalkan kelebihan satu gol Arsenal akan ke Nou Camp dalam masa tiga minggu untuk menamatkan pusingan ni dan menentukan siapa yang lebih layak untuk ke pusingan seterusnya.

Tuesday, February 15, 2011

Update [15 Feb. 2011]

Nasri fit against Barcelona

Menjelang pertemuan menentang Barcelona awal pagi esok di Emirates, Arsene Wenger telah mengumumkan bahawa Samir Nasri fit untuk pertemuan esok namun Wenger dilihat tidak akan mengambil risiko untuk tergesa-gesa menurunkannya.

 "He is in the squad and the starting line-up will be decided tomorrow,” . "I will take no medical   risk.”
 "He was quicker than expected... it will be only 17 [days],”.
Selain Nasri, Rosicky juga akan kembali dalam skuad tapi Abou Diaby diketepikan sebab kecederaan masa international friendly.

Sunday, February 13, 2011

Ryo Miyaichi Part 2

Gol pertama Miyaichi untuk Fayenoord...

Hebat

van persie choc leg
Image:FourFourTwo.com


Arsenal menemui kembali semangat yang hilang minggu lalu apabila membenam Wolves. Kemenangan yang tentunya menaikkan semangat anak-anak buah Wenger dalam debar menanti kunjungan Barcelona ke Emirates rabu nanti. Persembahan sabtu lalu sungguh meyakinkan apabila Wenger membariskan skuad terkuat yang beliau ada dan kredit kepada semua pemain yang bermain dengan bersungguh-sungguh. Memang banyak peluang untuk menjaringkan gol, itulah yang dapat disimpulkan melihat kepada gerakan2 berbahaya Arsenal. Biarpun terlepas banyak peluang, pemain sayap Arsenal melalui Arshavin dan Walcott yang kedua-duanya banyak mencipta peluang kepada rakan2 serta berjaya menghidupkan permainan. The Flying Dutchman, Robin Van Persie merupakan penyerang Arsenal yang paling berbisa sekarang ini, berjaya menyudahkan umpanan cantik Fabregas untuk gol pertama dan gol kedua merupakan gol yang terhasil melalui gerakan Wengerball...Johan-Wilshere-Song-Fabregas-Walcott-Persie dan golllllll......


Arsenal_beat_Wolves_2011



Ramai yang meragui gol kedua Arsenal kerana Van Persie kelihatan dalam posisi Offside (memang pun) tetapi hantaran yang dilambungkan Fabregas niatnya bukan kepada Persie tetapi kepada Walcott, sebab tu Persie masih aktif dan tidak dikira Offside. Bagi Wilshere, dia sememangnya tidak boleh dicomparekan dengan Mekelele sebab posisi neutralnya adalah cental midfield dimana dia sentiasa mencari peluang menghantar bola ke hadapan dan bebas berganti2 posisi dengan Song dalam perlawanan, apabila Song naik menyerang Wilshere akan bertahan dan begitulah sebaliknya. Bahagian pertahanan pula cukup solid mengawal gerakan2 pemain Wolves dan ini dapat dibuktikan dengan statistik apabila pasukan lawan hanya berjaya melakukan 2 percubaan dalam keseluruhan permainan. kepulangan Djourou semamangnya melegakan Koscielny kerana mereka bergandingan dengan baik berbanding pasangan Koscielny-Squillaci.

Rabu ni menentang Barcelona, mungkinkah ada berita mengejutkan mengenai Samir Nasri....kita tunggu.     

Thursday, February 10, 2011

Update [10 Feb. 2011]


Sekitar perlawanan antarabangsa yang melibatkan pemain2 Arsenal. Dimulakan dengan Jack Wilshere dan Walcott yang memulakan match menentang rakan sepasukan mereka dari Denmark, Bendtner di Copenhagen. England menang 1 - 2. Biarpun hanya beraksi selama 45 minit tetapi tahap permainan Wilshere boleh dikatakan membanggakan malah dipuji oleh coach Fabio Capello, namun masih banyak yang boleh diperbaiki terutama dari aspek defensive sebab Wilshere dikenali sebagai midfielder yang suka menyerang ke hadapan. Denmark nampaknya lebih menguasai perlawanan pada separuh masa pertama menerusi wonder kid mereka, Christian Eriksen tapi England mengambil alih perlawanan pada separuh masa kedua.

Jersi Wilshere yang ditandatangani pemain2 England selepas tamat perlawanan


Ok, ini mungin berita yang melegakan bila mendengar mungkin Johan Djourou dapat kembali menentang Wolves pada perlawanan seterusnya. Pada saat2 ini Arsenal memerlukan seorang defence yang betul2 dapat bermain cemerlang dan Johan nampaknya dapat memikul tanggungjawab itu. Mari kita lihat statistik ini:


  • Arsenal have conceded a goal every 251 minutes of Premier League football with Johan Djourou in the side this season. Without him, they have conceded a goal every 54 minutes.
  • Johan Djourou is unbeaten in his last 26 Premier League games, the longest current run in the division. Invincible.
Nampak penting sumbangan Johan dalam match-match yang akan datang.

***Skuad Harimau Malaya bimbingan K. Rajagobal juga menang international friendly menentang Hong Kong. Tahniah dan teruskan usaha***

Tuesday, February 8, 2011

Sana Sini Arsenal

Selesai perlawanan menentang Newcastle tempoh hari, Wilshere melalui Twitternya secara terbuka mengkritik cara Phil Dowd mengadili perlawanan namun FA memutuskan untuk tidak ambil tindakan kepada Wilshere.

  "Inconsistent refereeing needs to stop, it's killing the game. If Diaby goes, what's the difference between that and Nolan on our keeper?"


Tindakan FA itu menyebabkan banyak suara2 sumbang yang tetap mahukan Wilshere didenda sama seperti ketika Ryan Babel mengupload gambar Howard Webb dalam jersi ManU. Sambil tu Baccy Sagna juga meminta pengadil  memberi perlindungan kepada para pemain dengan memberi hukuman lebih tegas kepada sesiapa sahaja yang sengaja melakukan tackle2 berbahaya.


arsenal beat chelsea 3-1


Cerita yang satu ni sememangnya bukanlah halwa telinga kepada fan2 Arsenal, Chelsea yang baru membeli El Nino Januari lalu dengan rekod perpindahan British kononnya menyenaraikan El Kapitan Cesc Fabregas sebagai pembelian utama mereka musim panas nanti, sekali lagi dengan bidaan 50 juta euro. Cis...beli pemain mahal2 kalah jugak. Tapi kita pun tau kalau Cesc tinggalkan Arsenal dia hanya akan balik semula ke kampungnya, Barcelona dan bersatu semula dengan teman2 sepermainannya waktu kanak2 dulu seperti Messi, Pique and co


Jesus Navas...itulah nama yang kononnya menjadi sasaran pembelian Arsenal pada musim panas nanti. Juga semakin bertambah panjang nampaknya senarai goalkeeper yang 'berkemungkinan' dibeli Arsenal dengan penjaga gol Villareal Diego Lopez kini berada pada senarai teratas. 


***Tahniah juga kepada pemain kebangsaan Mohd Safee Sali yang telah mengikat kontrak dengan kelab Indonesia, Pelita Jaya. Moga2 dia boleh mengembangkan bakat serta menimba pengalaman bermain di negara jiran.***

Monday, February 7, 2011

Ryo Miyaichi

Aksi pemain Arsenal, Ryo Miyaichi (jersi no 34) yang dipinjamkan ke Fayenoord dan beraksi selama 90 minit menentang Vitesse Arnhem

Fayenoord 1 - 1 Vitesse Arnhem


Ryo_Miyaichi_Arsenal


Saturday, February 5, 2011

Ada peluang, tapi...




Gembira, geram, sedih dan marah. Semua perasaan tu bercampur-baur setelah selesai menonton perlawanan semalam. Banyak keajaiban telah berlaku. Walcott, Jdourou dan Persie masing-masing menjaringkan gol dalam tempoh tidak sampai sepuluh minit. Newcastle bagaikan hilang arah dan gol keempat melalui tandukan Van Persie hasil cross cantik Sagna benar-benar merentap semangat askar-askar Toon dan juga peminat mereka, sehinggakan selesai wisel separuh masa pertama dibunyikan ada yang telah pulang tanpa kata. Bagi Arsenal, separuh masa pertama hanya bagaikan perlawanan latihan untuk mereka, gerakan-gerakan dari sebelah sayap kiri dan kanan yang masing-masing dipimpin Arshavin dan Walcott selalu sahaja mencelarukan benteng lawan dengan Persie sentiasa menunggu dari tengah. Midfield dan pertahanan juga mantap dan hanya sekali dua Newcastle melakukan percubaan. Dalam hati aku percaya ada chance Arsenal tambah 2, 3 biji gol lagi second half nanti. 


wenger marah keputusan pengadil


Separuh masa kedua, aku masih tidak dapat menerima kenyataan, ataupun keajaiban bagi tuan rumah Newcastle tentang apa yang telah berlaku. Pengadil benar-benar tidak menyebelahi Arsenal, selain itu pemainan dan taraf persembahan pasukan benar-benar mengecewakan. Biarpun melihat keadaan tackle 'bad boy' Barton ke atas Diaby yang berbahaya, dia berjaya menamatkan perlawanan tanpa sebarang kad sebagai hero sedangkan reaksi Diaby ke atas Barton telah menyebabkannya dibuang padang. Apakah? dimanakah kredibility seorang pengadil perlawanan yang tidak dapat melihat kekasaran demi kekasaran yang dilakukan Barton. Penalti kedua yang dihadiahkan kepada Newcastle juga menjengkelkan aku, itu merupakan adegan biasa yang berlaku di kotak penalti dimana pemain mahu mengeluarkan bola dari kawasan merbahaya...di manakah penaltinya? Kos dan Ros terpinga-pinga melihat drama yang dilakonkan pengadil bernama Phil Dowd.

Bagi Diaby pula, dia benar-benar mengecewakan.Siapa yang tidak tahu kamu pernah patah kaki dan cedera sebelum ini tapi semua baki perlawanan yang tinggal sekarang amat penting untuk menentukan kejuaraan di hujung musim nanti. Selepas kecederaan Johan,  dia sepatutnya dapat memberi perlindungan kepada pertahanan tetapi lain sebab ikutkan rasa marah dia telah dibuang padang. Pada masa inilah dia boleh membuktikan kepada Wenger dan peminat bahawa dia layak menempatkan diri dalam kesebelasan utama selepas kecederaan Song dan Denilson...tetapi layakkah?. Kad merah kepada Diaby benar-benar merubah corak permainan Arsenal, kemasukan Squllaci juga antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan Arsenal mempertahankan leading yang kalau secara rasionalnya sudah tidak mampu dikejar tapi realitinya sungguh menyakitkan. Pasangan Kos dan Squillaci benar-benar tidak melepasi Malaysian Standard.

Newcastle bagaikan mendapat semangat baru untuk mengambil kesempatan atas kekurangan Arsenal dan bangkit dengan menyamakan kedudukan sehingga tamat permainan. Biarpun kekurangan seorang pemain di atas padang itu tidak sepatutnya dijadikan alasan kepada kegagalan Arsenal meraih mata penuh, sepatutnya apabila melihat Newcastle menyerang mereka patut bertahan sambil tidak membiarkan bola dirampas pihak lawan, tapi mereka mula gugup dan memainkan bola-bola tinggi yang seringkali tidak sampai kepada Persie.

Akhirnya peluang untuk merapatkan jurang kepada 2 mata dengan ManU yang tewas kepada Wolves malam tadi tidak kesampaian. Kenapa Arsenal seringkali terlepas peluang, inikah ciri-ciri sebuah pasukan yang bakal menjulang Liga Perdana Inggeris? 

Apa Sudah Jadi???

phil dowd inconsistent




Aku tertanya-tanya.................
.................apakah kamu telah dibayar Phil Dowd?

Friday, February 4, 2011

Masih Berharap

Caroll kini berkhidmat untuk Liverpool

Skuad bimbingan Le Prof malam nanti akan bermain away game di St James Park bertemu Newcastle United,  pasukan yang telah menewaskan Arsenal di Emirates. Gol kemenangan mereka pada ketika itu dijaringkan oleh pemain kebangsaan England Andy Caroll yang kini telah berpindah ke Liverpool. Biarpun telah kehilangan Caroll dan juga Shola Amoebi akibat kecederaan, Newcastle yang dikecam peminat sendiri gara-gara isu penjualan Caroll masih berharap dapat menewaskan Arsenal di laman sendiri  dengan membarisi tonggak berpengalaman Kevin Nolan serta barisan penyerang seperti Leon Best, Nile Ranger, Peter Lovenkrands serta Tiote.

Berbalik kepada  Arsenal, pada ketika ini ramai yang meragui apakah anak-anak buah Arsene Wenger dapat meneruskan momentum kemenangan mereka ketika melihat seorang demi seorang pemain utama terpaksa direhatkan sedangkan jadual perlawanan yang padat pada bulan Februari ini. Setelah kehilangan Nasri akibat hamstring lebih kurang 3 minggu, kini Alex Song pula mengikut jejak Nasri dengan kecederaan paha. Cuma perkhabaran yang agak menggembirakan ialah Thomas Vermaelen mungkin dapat beraksi dalam masa tiga ke empat minggu lagi. Malam ini tentunya Fabregas sekali lagi mengetuai rakan sepasukan bagi memburu kemenangan supaya dapat terus merapatkan jurang mata dengan pendahulu Manchester United.

Pelbagai kontroversi panas berlaku selepas perlawanan menentang Everton, perbalahan mulut antara Arsene Wenger dan David Moyes yang mempertahankan pendapat masing-masing nampaknya belum tamat. Selain itu, bekas goalkeeper Arsenal, Jens Lehmann memuji penjaga gawang muda dari Poland Chesney dan dapat melihat kualiti yang ada padanya untuk menjadi penjaga gol terbaik pada masa akan datang.

ESPN Channel 812, 10.55PM : Newcastle United v Arsenal live from St James' Park, Newcastle.






***Pasal bola sepak tempatan, Japan Football Association (JFA) bersetuju untuk melihat perkembangan Khairul Fahmi Che Mat, Shahrul Idlan Talaha dan Safee Sali melalui DVD yang dihantar FAM kepada mereka. Ada kemungkinan ketiga-tiga pemain ini dapat mengembangkan potensi mereka di J-League apabila terpilih nanti. J-League sememangnya diketahui antara liga yang terbaik di Asia. Gambatte....***

Thursday, February 3, 2011

Bulletin Utama


Nampaknya midfielder kita Encik Samir telah menandatangani perjanjian baru selama 5 tahun dengan gaji 75k euro seminggu. Peristiwa ni (ceh) berlaku kononnya sebelum tarikh tutup perpindahan bulan Januari, so kiranya macam signing baru jugaklah sebab perjanjian tu bernilai kira2 19.5 juta euro. Wah...satu nilai yang agak besar bagi Arsenal, tetapi kita haruslah bertindak pantas kerana ada perkhabaran dari seberang yang mengaitkan Arsenal dengan Barca dan Real Madrid. Cis...lagi-lagi dua kelab ni yang mengganggu, takkan semua top player dorang nak kaut. Nasri seperti yang kita tahu beraksi cemerlang pada musim ini dengan menjaringkan 9 gol liga dalam 20 perlawanan, diharapkan dapat merangsang skuad Arsenal sekembalinya dari cuti sakit bergaji.

Tentang perkembangan match haritu lawan Everton, Moyes dan beberapa anak buahnya melempiaskan kekecewaan setelah tewas dengan melabel Fabregas tidak beradap kerana telah menghina pengadil ("adakah kamu telah dibayar?") perlawanan serta mencaci pemain Everton sebagai 'penipu'. Eleh...dah kalah tu diam2 sudah, bising buat apa? Contohi pengadil perlawanan tersebut, Lee Mason yang enggan mengusulkan tindakan Cesc kepada FA England. Kalau dia buat, keadaan menjadi lebih rumit kerana tindakannya membenarkan gol Saha sememangnya menjadi kejian terutamanya oleh peminat2 Arsenal.

Hai...baru famous sekejap tengok2 malang yang menimpa. Inilah yang berlaku terhadap Fabianski, nampaknya dia terpaksa mengakhiri tugasnya pada musim ini kerana dia akan dibedah kerana kecederaan bahu. Nampak gayanya kalau Fabianski belum sembuh musim depan terpaksalah Almunia stay jadi 2nd keeper kecualilah Arsene terdetik hati untuk beli keeper baru atau gunakan khidmat Vito Mannone. James Shea?...tak tercapai akal ku. Siapakah dalang @ culprit disebalik kecederaan Fabianski ini? tak lain dan tak bukan 1st choice keeper Arsenal sekarang Chesney. Tapi ini bukan disengajakan sebab terjadi masa warm up lawan Man Citeh haritu. Tak apalah...benda dah terjadikan, nak bergaduh pun tak rasional sebab team ni bukan Man Citeh....ha.

Koscielny ketika ditemu bual cakap perebutan juara liga hanya antara Arsenal dan Man U. Benarkah? kita sendiri pun tak pasti tak keyakinan sebegini yang patut ada pemain2 Arsenal. Pujian harus diberikan kepada Kos kerana musim ini hanya merupakan musim keduanya bermain pada liga tertinggi setelah mengharungi musim pertama di League1 bersama Lorient namun memiliki semangat dan keazaman yang tinggi untuk menang. Baru cek laman League1 tadi, coach France telah menamakan Laurent untuk pertama kalinya ke dalam senarai 23 pemain untuk perlawanan menentang Brazil minggu hadapan...tahniah nampaknya bertambah ramai pemain Arsenal dalam skuad France.

Tuesday, February 1, 2011

Kemenangan vs Kecederaan



Nampaknya dengan mental yang kuat para pemain Arsenal berjaya menumbangkan Everton di laman sendiri pagi tadi. Biarpun  dikejutkan  oleh gol Saha pada minit ke-24 (pada pandangan aku, dia berada pada posisi offside) tapi mereka tetap menyerang. Gol2 Arsenal dijaringkan apabila 'The Little Russian' yang menggantikan Rosicky merembat cantik melepasi Howard pada minit ke 70 serta tandukan padu Koscielny sekali lagi merobek gawang Everton lima minit berselang.

Secara keseluruhannya para pemain beraksi dengan 'okey la', agak slow di permulaan dengan para pemain Everton pada sayap kiri seperti Fellaini, Distin dan Baines berjaya menyekat pergerakan sayap kanan Arsenal terutama daripada Walcott dan Fabregas juga sebenarnya. Bagaimanapun the gunners tetap dapat push forwad dengan Wilshere turut serta mara ke hadapan.



Kecederaan lagi?....kali ini Song dan Walcott pulak yang menyertai Nasri. Inilah yang kita risaukan sebenarnya, Nasri perlukan 21 hari sebelum boleh beraksi manakala kecederaan buku lali Walcott akan dianalisa pada pagi Rabu (hari ni). Bagaimana pula dengan Song? harap2 kecederaannya tidak lama dengan jadual yang padat di bulan Februari ni. Bolehkan Denilson/ Diaby diharapkan mengawal pergerakan pemain2 Barca nanti....

Selain itu, Mr Arsene juga memuji tahap mental pemain yang kuat selain mengatakan yang Arshavin masih seorang pemain yang hebat biarpun biarpun bermain dibawah par pada kebelakangan ini.


"In smaller games at Leeds, against Ipswich, against Huddersfield. We played our tenth game today in one month and every time we have shown, even when football-wise our level dropped a little bit, we have always shown fantastic attitude.
[Arshavin?] If you look at the assists in the Premier League, Arshavin is the best. He’s had a drop in form recently, but he’s a great player. And you could see straight away when he came on today that he can deliver something special. He’s coming back. I thought already on Sunday. He was better today; he was calmer and he got us a vital goal tonight, so overall I’m very pleased."


 ***Sebenarnya tak dapat tengok full match semalam, streaming sekat-sekat yang lucunya setiap kali gol tulah dia sekat...cis, kecewa betul***

Bangkit dan Berjuang


Dengan berbaki 13 perlawanan Arsenal harus mengelakkan keputusan seri apatah lagi kalah jika bercita2 ingin merapatkan jurang (seterusnya menang) dengan pendahulu Man U. Berada cuma 5 mata di tangga kita tidak jauh ketinggalan sebenarnya dan kalau keseluruhan skuad bukan sahaja pemain dan jurulatih malah peminat juga sebenarnya mestilah sama-sama mendorong pasukan untuk mencapai kejuaraan, atau lebih tepat lagi trofi pertama sejak 5 musim yang lalu.

Dengan kecederaan Nasri, malam ini Wenger mungkin akan menurunkan Arshavin di bahagian sayap kiri. Bagaimana pula dengan Bendtner? bukankah dia juga dicanag2 kan Wenger boleh bermain di bahagian wide kiri   dan masuk ke tengah seperti yang pernah dilakukan  oleh lagenda Arsenal Titi Henry.

Dengan keadaan Fabianski yang mungkin terpaksa dibedah, Chesney nampaknya akan terus menerajui gawang Arsenal dengan dibantu Almunia. Selain Nasri dan Denilson yang cedera Arsene dijangka membawa masuk semula Song, Wilshere, Fabregas, JD, Walcott & Persie ke dalam skuad. Sekali lagi kudrat sang kepten, Fabregas dipertaruhkan untuk melancarkan serangan2 Arsenal ke kubu Everton.

Arsenal 2 - 1 Everton

Lucu dan Pelik?


Cerita mengenai perpindahan pemain Januari ini...hmm di kem Arsenal tak perlu diceritakan apa-apa sebenarnya melainkan 'completed signing' Ryo Miyaichi dan telah pun dipinjamkan ke kelab lama V.Persie, Fayernood. Selain daripada itu kebanyakannya adalah mengenai loan pemain2 Arsenal ke serata kelab di England dan Wales. Mengenai "next Theo Walcott", oxalade chamberlain....no comment.

Apa yang sebenarnya lucu dan pelik tu? lucunya adalah peminat2Arsenal sentiasa mengharapkan signing daripada wenger yang sememangnya kita tau Mr Accountant, hanya membeli pemain apabila perlu (dan murah) dan hampir tak kisah dengan perpindahan mega yang berlaku di sekitarnya. Bintang muda Arsenal, Jack Wilshere juga seakan memperlekehkan tarikh tutup perpindahan dengan menulis di Twitternya:

BREAKING TRANSFER NEWS: I have just moved from the sofa to my bed!!' 
 
Haha...tak cukup dengan tu, sekalian alam mesti dah tau dengan pemergiannya 'El Nino' Torres ke Chelsea dengan yuran perpindahan....err 48m euro? manakala Liverpool pula membeli Andy Caroll (35m euro) & Luiz Suarez (22.8m euro). Ini bukan lagi pelik tapi gila, pembelian Tevez & David Villa lagi rendah dari 30m euro inikan pula Caroll yang baru 1st season main di Premier League cukup membuatkan beberapa star di England pening2 lalat. Rio Ferdinand:

'Carrol has huge potential no doubt,is 35m still not a hefty sum of money in this recession we r meant to be in!?He will be top player #fact'

Dan Kepten Cesc:

‘#transferdeadlineday going crazy today in england.... I never expected what‘s happening'
***Jersi Torres dibakar peminat Liverpool, teringat pula dulu fan2 Arsenal bakar jersi Adebayor hahaha....***


Perlawanan pagi nanti: Arsenal vs Everton di Stadium Emirates (3.40am Astro SuperSport 3)

Gunners vs Terriers....

Mari kita mulakan dengan perlawanan yang baru berlangsung sabtu lepas







Gol yang berpunca daripada rembatan Bendtner lalu tertampan ke gawang sendiri oleh Kepten Huddersfield, kecederaan Nasri, gol penyamaan daripada Alan Lee, kad merah Squillaci dan akhir sekali gol penalti daripada El Capitan Fabregas. Itu merupakan antara suka duka yang berlaku sabtu lalu dimana Arsenal yang pada atas kertasnya akan mudah menguasai lawan yang berada pada liga yang lebih rendah, namun hakikatnya tidak. Dengan membariskan pemain2 yang baru pulih daripada kecederaan seperti Almunia, Diaby dan Squillaci serta mereka yang FORMnya tak berapa nak ON kebelakangan ni macam Denilson, Arshavin dan juga Eboue. Arsenal mula melancarkan serangan pada minit2 awal permainan dan Arshavin mempunyai peluang untuk menjaringkan gol serta memberi kepada rakan2 tetapi final decision menghampakannya (teragak2). Separuh masa pertama tamat dengan own goal daripada Peter Clarke yang mana pengadil memberi kelebihan kepada Chamakh yang mengawal bola mengunakan ketiak (hahaha) sebelum melorongkannya kepada Bendi. Bak kata Cesc:
 I always expect to play, in football I am always ready to play. [Huddersfield] made it difficult, the first half was a bit boring from a football point of view.




Pada babak kedua Arsenal memulakan permainan dengan Song menggantikan Chamakh apabila Squillaci mendapat kad merah. Permainan agak membosankan terutamanya apabila kelibat Denilson dan Diaby di bahagian tengah yang agak beku malah melakukan banyak passing2 yang berisiko. Cesc Fabregas dimasukkan  lalu permainan menjadi sedikit dynamic dan pada minit ke 86 kepten menjaringkan penalti apabila Bendtner dijatuhkan memberikan kemenangan 2-1 kepada Gunners.





Salam 1 Malaysia



Selamat Datang ke blog Malaysian Gunner terutamanya buat peminat2 pasukan Arsenal yang kita minati. Walaupun nama blog ni Malaysian Gunner tapi dijamin kandungannya dalam Bahasa Melayu 99.99%. Yelah, senang kita nak baca kan? kalau blog English memang banyak kat luar tu (Arsenal pun kelab Eropah kan).