BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates

Thursday, March 31, 2011

Siapa


Walaupun belum disahkan 'sihat' secara rasmi oleh Arsene Wenger tapi coach Holland optimis yang Van Persie akan fit untuk game bertemu Blackburn sabtu nanti. Jack Wilshere yang bermain dengan baik pada kedua-dua match bertemu Wales dan Ghana nampaknya berada dalam dilema, seperti yang diterima oleh Walcott sebelum ini apabila 'dipaksa' untuk bermain dalam team bawah 21 England walaupun telah bermain dalam skuad senior.

Dalam pada itu, keyakinan bahawa Arsenal akan membeli seorang goalkeeper musim depan bertambah kukuh. Maarten Stekelenburg dan lagenda Juventus, Gianluigi Buffon merupakan antara calon-calon terdekat. Stekelenburg secara terang-terangan mengaku apabila datang tawaran daripada Wenger, peluang pasti tidak akan dilepaskan manakala freebies seperti Buffon pasti membuatkan mata Wenger bersinar-sinar macam anime Jepun biarpun dikatakan gajinya memcecah 125,000 euro seminggu. Seorang lagi calon yang tidak asing ialah penjaga gawang Liverpool, Pepe Reina yang mahukan bermain dalam Champions League dan bukan setakat Europa Cup.

Walaupun kurang mengenali lagenda Arsenal yang seorang ni, tapi aku tetap bagi tribute kepada David 'Rocky' Rocastle, (RIP). Lagi satu dia ni pernah bermain dalam Liga Malaysia dengan Sabah walaupun tak lama.



  

Friday, March 25, 2011

International Break


Menjelang pertemuan hangat Wales vs England, dua midfielder muda Arsenal akan bermain untuk dua pasukan yang berbeza. Wilshere yang bakal diturunkan dalam kesebelasan utama manakala Ramsey yang baru bermain bola sepak kompetitif dalam beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan kecederaan telah dilantik menjadi kepten baru Wales. Ya, cuma pada usia 20 tahun dan 90 hari, Aaron Ramsey merupakan kepten termuda Wales yang pernah dilantik. Jadi mari kita nantikan perlawanan kedua-dua pasukan ini. Selain itu, Van Persie juga telah menjaringkan satu gol serta satu assist untuk Dirk Kuyt ketika menentang Hungary dalam pusingan kelayakan EURO 2102.

 

Friday, March 18, 2011

Robin Van Persie


Mari layankan....

Wednesday, March 16, 2011

Teruja

Sungguh excited menunggu Ryo untuk bermain dengan Arsenal...ada gaya ala-ala Nasri + Cristiano Ronaldo



Macam mana?

Monday, March 14, 2011

Tumpukan Kepada Liga

Dengan tersingkirnya Arsenal di tangan Manchester United dalam FA cup sabtu lalu bermakna cuma tinggal liga sahaja harapan The Gunner untuk menjulang piala. Tidak banyak yang boleh diulas pada perlawanan lepas...game yang menarik dengan aksi menyerang semulajadi Arsenal, banyak cubaan ke gawang Van Der Sar tetapi dikecewakan  oleh permainan bertahan oleh lawan dan juga counter attack yang memusnahkan harapan menggunung Arsenal. Kecederaan pada tangan Djourou juga telah menamatkan kariernya untuk musim ini. 

Berita yang menjadi cerita utama kini adalah Wenger memohon kepada FA untuk mencari goalkeeper pinjaman sebagai backup kepada Almunia yang kini satu-satunya penjaga gawang senior yang berpengalaman. Ada juga ura-ura mengatakan Jens Lehmann 'mungkin' mendapat kontrak sementara untuk jadi backup Almunia.  Mungkin juga goalkeeper2 lain daripada Premier League yang menjadi pilihan Wenger seperti Tim Krull, Sorensen dll?....nantikan

Wednesday, March 9, 2011

A Joke?....Maybe


Komen Van Persie tentang kad merah yang dikenakan keatasnya dalam perlawanan menentang Barcelona di Nou Camp.

Tuesday, March 8, 2011

Well Done!!!

Biarpun tewas kepada Barcelona pagi tadi, tapi memang nampak kesungguhan para pemain dalam perlawanan pagi tadi yang nyata didominasi pasukan tuan rumah. Sekali lagi nasib bagai tidak menyebelahi Arsenal...keputusan pengadil yang kurang memuaskan, kecederaan Szesney dan kad merah kepada Van Persie bagaikan membayangkan bahawa kemaraan Arsenal pada UCL musim ini akan berakhir. Possession yang dimiliki Barcelona bermakna bahagian serangan Arsenal jarang dapat mencipta ruang dan peluang untuk gol, yang diharapkan hanyalah gol sendiri oleh Sergio Busquet dan yang paling ketara hanyalah pada minit-minit akhir dimana  Wilshere berjaya mengumpan bola dari kanan kepada Bendtner tetapi gagal disudahkan. Apa-apa pun Arsenal masih ada liga dan piala FA yang perlu direbut, jangan sampai semua terlepas dalam genggaman. Ganbatte! 

Sunday, March 6, 2011

Bilakah Lagi?

Sampai bila harus begini? Man U telah kehilangan 6 mata dalam dua game menentang  Chelsea & Liverpool tetapi nampaknya Arsenal juga begitu pandai mensia-siakan peluang. Pada masa inilah Arsenal sudah patut berada di tangga teratas dengan kelebihan satu atau dua mata dan memberi tekanan kepada skuad Alex Ferguson, mungkin wenger dan anak buahnya menunggu pada game2 terakhir untuk memintas.