BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates

Sunday, April 10, 2011

Arsenal vs Blackpool





Perlawanan semalam boleh dikira sederhana oleh Arsenal dan biarpun berjaya menjaringkan tiga gol berbalas satu namun masih terdapat kekurangan yang boleh mengubah nasib pasukan jika bukan kerana luck dan kehadiran Lehmann buat kali ke-200 di gawang Gunners membolehkan Arsenal menang perlawanan semalam.

Ok, gol yang dijaringkan Diaby dan Eboue pada minit ke-18 dan ke-21 mengubah corak permainan pasukan terutamanya Blackpool. Mereka yang ketinggalan bangkit untuk menyerang dan hampir menjaringkan gol pertama pada minit-minit akhir separuh masa pertama namun Lehmann dan Squillaci gagah bertahan di gawang gol dan  bola berjaya diclearkan kepten Fabregas. 

Pada separuh masa kedua, akhirnya tuan rumah berjaya memperoleh gol tunggal mereka melalui G.Taylor Fletcher. Melalui foul yang dilakukan Wilshere dibahagian tengah, pengadil memberikan advantage kepada Blackpool untuk meneruskan perlawanan, membawa bola melepasi pertahanan Arsenal serta Lehmann; yang juga menjatuhkan  Deejay? Campbell didalam kotak penalti sebelum gol dijaringkan Fletcher.

Bermula dari saat dan ketika itu, Arsenal mula kembali menyerang dan kelibat Walcott yang mengantikan Arshavin  membuahkan hasil apabila berjaya membuka peluang untuk Persie menjaringkan gol. Kelemahan utama Arsenal pada perlawanan semalam paling ketara pada bahagian pertahanan, lebih-lebih lagi Clichy yang sering kali out of position, begitu juga dengan duo center back Arsenal yang terkapai-kapai ketika penyerang lawan meluru ke arah mereka. Fabregas, yang digantikan oleh Ramsey pada minit akhir perlawanan, agak sederhana semalam biarpun beberapa kali menghasilkan gerakan dan hantaran cantik kepada rakan-rakan namun kelihatan kurang selesa pada masa-masa lainnya. apapun tahniah kerana memperoleh tiga mata dan menjarakkan 'sedikit' perbezaan mata dengan jiran Manchester City itu.