BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates

Thursday, March 31, 2011

Siapa


Walaupun belum disahkan 'sihat' secara rasmi oleh Arsene Wenger tapi coach Holland optimis yang Van Persie akan fit untuk game bertemu Blackburn sabtu nanti. Jack Wilshere yang bermain dengan baik pada kedua-dua match bertemu Wales dan Ghana nampaknya berada dalam dilema, seperti yang diterima oleh Walcott sebelum ini apabila 'dipaksa' untuk bermain dalam team bawah 21 England walaupun telah bermain dalam skuad senior.

Dalam pada itu, keyakinan bahawa Arsenal akan membeli seorang goalkeeper musim depan bertambah kukuh. Maarten Stekelenburg dan lagenda Juventus, Gianluigi Buffon merupakan antara calon-calon terdekat. Stekelenburg secara terang-terangan mengaku apabila datang tawaran daripada Wenger, peluang pasti tidak akan dilepaskan manakala freebies seperti Buffon pasti membuatkan mata Wenger bersinar-sinar macam anime Jepun biarpun dikatakan gajinya memcecah 125,000 euro seminggu. Seorang lagi calon yang tidak asing ialah penjaga gawang Liverpool, Pepe Reina yang mahukan bermain dalam Champions League dan bukan setakat Europa Cup.

Walaupun kurang mengenali lagenda Arsenal yang seorang ni, tapi aku tetap bagi tribute kepada David 'Rocky' Rocastle, (RIP). Lagi satu dia ni pernah bermain dalam Liga Malaysia dengan Sabah walaupun tak lama.



  

0 comments: