BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates

Saturday, February 5, 2011

Ada peluang, tapi...




Gembira, geram, sedih dan marah. Semua perasaan tu bercampur-baur setelah selesai menonton perlawanan semalam. Banyak keajaiban telah berlaku. Walcott, Jdourou dan Persie masing-masing menjaringkan gol dalam tempoh tidak sampai sepuluh minit. Newcastle bagaikan hilang arah dan gol keempat melalui tandukan Van Persie hasil cross cantik Sagna benar-benar merentap semangat askar-askar Toon dan juga peminat mereka, sehinggakan selesai wisel separuh masa pertama dibunyikan ada yang telah pulang tanpa kata. Bagi Arsenal, separuh masa pertama hanya bagaikan perlawanan latihan untuk mereka, gerakan-gerakan dari sebelah sayap kiri dan kanan yang masing-masing dipimpin Arshavin dan Walcott selalu sahaja mencelarukan benteng lawan dengan Persie sentiasa menunggu dari tengah. Midfield dan pertahanan juga mantap dan hanya sekali dua Newcastle melakukan percubaan. Dalam hati aku percaya ada chance Arsenal tambah 2, 3 biji gol lagi second half nanti. 


wenger marah keputusan pengadil


Separuh masa kedua, aku masih tidak dapat menerima kenyataan, ataupun keajaiban bagi tuan rumah Newcastle tentang apa yang telah berlaku. Pengadil benar-benar tidak menyebelahi Arsenal, selain itu pemainan dan taraf persembahan pasukan benar-benar mengecewakan. Biarpun melihat keadaan tackle 'bad boy' Barton ke atas Diaby yang berbahaya, dia berjaya menamatkan perlawanan tanpa sebarang kad sebagai hero sedangkan reaksi Diaby ke atas Barton telah menyebabkannya dibuang padang. Apakah? dimanakah kredibility seorang pengadil perlawanan yang tidak dapat melihat kekasaran demi kekasaran yang dilakukan Barton. Penalti kedua yang dihadiahkan kepada Newcastle juga menjengkelkan aku, itu merupakan adegan biasa yang berlaku di kotak penalti dimana pemain mahu mengeluarkan bola dari kawasan merbahaya...di manakah penaltinya? Kos dan Ros terpinga-pinga melihat drama yang dilakonkan pengadil bernama Phil Dowd.

Bagi Diaby pula, dia benar-benar mengecewakan.Siapa yang tidak tahu kamu pernah patah kaki dan cedera sebelum ini tapi semua baki perlawanan yang tinggal sekarang amat penting untuk menentukan kejuaraan di hujung musim nanti. Selepas kecederaan Johan,  dia sepatutnya dapat memberi perlindungan kepada pertahanan tetapi lain sebab ikutkan rasa marah dia telah dibuang padang. Pada masa inilah dia boleh membuktikan kepada Wenger dan peminat bahawa dia layak menempatkan diri dalam kesebelasan utama selepas kecederaan Song dan Denilson...tetapi layakkah?. Kad merah kepada Diaby benar-benar merubah corak permainan Arsenal, kemasukan Squllaci juga antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan Arsenal mempertahankan leading yang kalau secara rasionalnya sudah tidak mampu dikejar tapi realitinya sungguh menyakitkan. Pasangan Kos dan Squillaci benar-benar tidak melepasi Malaysian Standard.

Newcastle bagaikan mendapat semangat baru untuk mengambil kesempatan atas kekurangan Arsenal dan bangkit dengan menyamakan kedudukan sehingga tamat permainan. Biarpun kekurangan seorang pemain di atas padang itu tidak sepatutnya dijadikan alasan kepada kegagalan Arsenal meraih mata penuh, sepatutnya apabila melihat Newcastle menyerang mereka patut bertahan sambil tidak membiarkan bola dirampas pihak lawan, tapi mereka mula gugup dan memainkan bola-bola tinggi yang seringkali tidak sampai kepada Persie.

Akhirnya peluang untuk merapatkan jurang kepada 2 mata dengan ManU yang tewas kepada Wolves malam tadi tidak kesampaian. Kenapa Arsenal seringkali terlepas peluang, inikah ciri-ciri sebuah pasukan yang bakal menjulang Liga Perdana Inggeris? 

0 comments: