Caroll kini berkhidmat untuk Liverpool
Berbalik kepada Arsenal, pada ketika ini ramai yang meragui apakah anak-anak buah Arsene Wenger dapat meneruskan momentum kemenangan mereka ketika melihat seorang demi seorang pemain utama terpaksa direhatkan sedangkan jadual perlawanan yang padat pada bulan Februari ini. Setelah kehilangan Nasri akibat hamstring lebih kurang 3 minggu, kini Alex Song pula mengikut jejak Nasri dengan kecederaan paha. Cuma perkhabaran yang agak menggembirakan ialah Thomas Vermaelen mungkin dapat beraksi dalam masa tiga ke empat minggu lagi. Malam ini tentunya Fabregas sekali lagi mengetuai rakan sepasukan bagi memburu kemenangan supaya dapat terus merapatkan jurang mata dengan pendahulu Manchester United.
Pelbagai kontroversi panas berlaku selepas perlawanan menentang Everton, perbalahan mulut antara Arsene Wenger dan David Moyes yang mempertahankan pendapat masing-masing nampaknya belum tamat. Selain itu, bekas goalkeeper Arsenal, Jens Lehmann memuji penjaga gawang muda dari Poland Chesney dan dapat melihat kualiti yang ada padanya untuk menjadi penjaga gol terbaik pada masa akan datang.
ESPN Channel 812, 10.55PM : Newcastle United v Arsenal live from St James' Park, Newcastle.
***Pasal bola sepak tempatan, Japan Football Association (JFA) bersetuju untuk melihat perkembangan Khairul Fahmi Che Mat, Shahrul Idlan Talaha dan Safee Sali melalui DVD yang dihantar FAM kepada mereka. Ada kemungkinan ketiga-tiga pemain ini dapat mengembangkan potensi mereka di J-League apabila terpilih nanti. J-League sememangnya diketahui antara liga yang terbaik di Asia. Gambatte....***
0 comments:
Post a Comment